1. Di saat tumpuan terhala kepada Mahathir, Anwar, Muhyiddin dan Azmin ketika kerajaan PH tumbang, supremo DAP Lim Kit Siang dan ketua DAP Lim Guan Eng cuba menyepi diri. Tiada kenyataan keras dari mereka seperti yang biasa lakukan. Jika ada, ianya kenyataan yang amat 'lembut' dari mereka berdua berkaitan tumbangnya kerajaan PH.
2. Selain 'u-turn' paling besar oleh Mahathir dalam lanskap politik negara, Lim Kit Siang juga begitu. Beliau membawa seluruh DAP membuat pusingan 'u' bekerjasama dengan Mahathir. Ia jelas hipokrasi politik tahap tertinggi dari Lim Kit Siang dan anaknya. Ia juga adalah pengkhianatan paling besar Lim Kit Siang kepada DAP dalam perkembangan sejarah parti ini di Malaysia.
3. Lebih 50 tahun DAP di Malaysia, segala yang berkaitan DAP hanyalah tentang Lim Kit Siang. Tidak lebih dari itu. Lim Kit Siang adalah ketua DAP dalam pelbagai wajah. Sebagai Setiausaha Agung, Pengerusi dan jawatan terakhir adalah Penasihat. Itu di dalam struktur rasmi organisasi parti. Selepas keluar dari struktur parti, Lim Kit Siang masih memegang 'kunci' ketua DAP melalui anaknya Lim Guan Eng sebagai ketua 'de facto' DAP.
4. Bukan tidak ada orang lebih baik dari Lim Kit Siang dalam DAP. Lee Lam Thye (Tan Sri), Kerk Kim Hock (mendiang), Hu Sepang (mendiang), Wee Choo Keong (sekadar menyebut beberapa nama) adalah contohnya. Namun mereka ini kecundang dalam dalam pertarungan 'saga' DAP. Lim Kit Siang membunuh mereka secara politik kerana berbeza haluan dengannya. Kit Siang tidak mahu tunas-tunas pemikiran yang tidak sehaluan dengannya tumbuh subur di dalam DAP.
5. Hasilnya kini, tiada siapa di dalam DAP yang berani melawan cakap Lim Kit Siang. Saya percaya, bukan semua AJK Pusat DAP bersetuju apabila Lim Kit Siang membuat keputusan bekerjasama dengan Mahathir, seseorang yang sangat dimusuhinya suatu ketika dahulu. Mereka tahu siapa Mahathir sebenarnya.
Jika bercakap atas dasar prinsip, tentunya Kit Siang tahu banyak penyelewengan Mahathir. Beliau sendiri banyak mendedahkannya samada di parlimen atau ceramah-ceramah umum DAP.
Namun siapa di dalam DAP yang berani melawan Lim Kit Siang. Bukan DAP tidak ada panglima atau badut perang. Kebanyakan mereka konon gagah melawan diktator. Namun semua yang di dalam DAP hanya menikus sahaja depan Kit Siang walaupun Kit Siang itu adalah 'diktator'.
6. Lim Kit Siang bukan sahaja khianat kepada Pakatan Harapan, beliau sebenarnya mengkhianati partinya sendiri. Lim Kit Siang lah membuat DAP tidak dapat diterima oleh masyarakat Malaysia keseluruhannya. Lim Kit Siang jugalah yang membuat DAP dilabel sebagai parti rasis dan parti cina walaupun berteraskan pelbagai kaum.
Cubaan mengaburi mata rakyat dengan meletakkan seorang dua wakil melayu dan india sebagai staf Lim Kit Siang nyata gagal. Ia tidak memberi kesan apa-apa. DAP saja yang syok sendiri bercerita kononnya Lim Kit Siang seorang yang tidak rasis, namun hakikatnya imej cauvinis Lim Kit Siang sukar dibersihkan.
7. Maka untuk kekal relevan dalam politik Malaysia, DAP perlu berubah. DAP perlu menyingkirkan Lim Kit Siang. Namun saya kira tiada yang berani berbuat demikian dalam DAP sekarang. Saya kira Lim Kit Siang akan membawa DAP kembali ke permainan politik berasaskan isu. Selama ini pun DAP 'hidup' atas isu-isu yang dibakar sentimennya kepada rakyat Malaysia.
Jika ini pilihan DAP, tak usahlah melaungkan perubahan di luar sana. Parti sendiri pun tidak mahu berubah, ada hati nak suruh orang lain berubah. Jangan menyalahkan orang lain kenapa DAP dibenci dan dilabel sedemikian rupa. Ini yang patut anak-anak muda dalam DAP perjuangkan. Singkirkan Lim Kit Siang dari DAP, kemudian barulah boleh bercakap tentang perubahan dan demokrasi.
8. Akhirnya, jika ada yang melalak di Dataran Merdeka menyalahkan UMNO, Mahathir, Anwar dan Muhyiddin, jangan lupa salahkan Lim Kit Siang sekali.
Saham Lim Kit Siang menjatuhkan kerajaan PH amat besar sekali. Kerana beliaulah PH tidak diyakini oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kerana beliau, Mahathir mahu menunjuk kuasanya. Kerana beliau juga Anwar menjadi perasan kononnya kuat untuk melanggar Mahathir. Kerana beliau juga Muhyiddin bangkit melawan Mahathir. Kerana beliau juga keputusan PH mencalonkan Perdana Menteri berubah-ubah.
Lim Kit Siang terlalu mementingkan diri. Kepentingan DAP dan negara hanyalah satu peratus sahaja dalam hidupnya. Selebihnya adalah tentang kepentingan dirinya dan suku sakat sahaja......
Saham Lim Kit Siang menjatuhkan kerajaan PH amat besar sekali. Kerana beliaulah PH tidak diyakini oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Kerana beliau, Mahathir mahu menunjuk kuasanya. Kerana beliau juga Anwar menjadi perasan kononnya kuat untuk melanggar Mahathir. Kerana beliau juga Muhyiddin bangkit melawan Mahathir. Kerana beliau juga keputusan PH mencalonkan Perdana Menteri berubah-ubah.
Lim Kit Siang terlalu mementingkan diri. Kepentingan DAP dan negara hanyalah satu peratus sahaja dalam hidupnya. Selebihnya adalah tentang kepentingan dirinya dan suku sakat sahaja......
Tuan...mengapa pemikiran tuan benar benar seperti pengulas yg memerhati di atas pagar??seakan tuan menyembunyikan apa yang tuan lihat sekenario yg terjadi dan pendam kan apa yg tuan lihat,...
ReplyDeleteApa Yang tuan bimbang kan,.
Allah swt memberi kita peluang lagi dan lagi kepada kita,dulunya Allah swt timpa kan kita dengan pengajaran,apa kita lupa kerana kita bimbang dan tidak bersandar kepada-Nya yang telah memberi peluang kepada kita,
Terima kasih atas pandangan. Saya amat menghargainya..
DeleteTuan medan perlawanan ini skalanya sangat lah luas tuan,dan saya yakin tuan sangat arif akan pekara itu,.lalu apa yang tuan bimbang kan lagi sedang kan Allah awt telah memberi asbab bagi kita semua ini termasuk tuan untuk berada dalam medan banding ini untuk berjuang mempertahankan yang haq dan menghapuskan yang bathil
ReplyDeleteSetuju. Saya hanya mengutarakan mengapa DAP begitu hipokrit atas apa yang berlaku.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan tuan.