Sunday 2 September 2012

JEMPUTAN KE BALAI POLIS......

1. Insiden oleh segelintir anak-anak Malaysia semasa ambang sambutan kemerdekaan cukup memalukan! Seperti orang hilang akal, mereka menjerit-jerit memaki hamun pemimpin negara dan kemuncaknya, gambar pemimpin negara dipijak. Nyata nafsu telah menguasai akal bagi kelompok ini. Akal tidak lagi dominan dalam pemikiran mereka untuk mereka berkelakuan lebih waras pada malam itu.

2. Lebih kurang ajar lagi, ada yang membawa 'bendera' baru negara serta membuat kenyataan akan menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya jika mereka berkuasa kelak. Kenyataan ini ditempelak juga oleh pemimpin-pemimpin yang sealiran dengan mereka. Namun ketua kepada pakatan ini masih membisu dalam isu ini, barangkali sibuk dgn bas mewahnya menjelajah negara.

3. Ketua Pakatan DS Anwar wajar bertanggungjawab ke atas segala insiden tidak diingini mutakhir ini. Tidak perlu berdolak dalih lagi. Nyata yang membuat onar pada malam tersebut adalah penyokong-penyokong beliau. Majoriti memakai baju kuning, ada juga yang membawa bendera parti politik yang mereka sokong. Perlakuan mereka juga seperti ketua mereka yang mementingkan diri sendiri.

4. Terlintas di fikiran saya, insiden-insiden seumpama ini bukan kali pertama berlaku. Sudah terlalu banyak amaran yang diberi. sudah terlalu banyak insiden-insiden seperti ini 'dikesali', namun sang pelakunya masih tetap mengulangi. Seolah-olah mereka ini kebal dari sebarang tindakan undang-undang. Paling tidak pun, mereka telah berhimpun secara haram pada malam itu.

5. Belum lagi diambil kira dari sudut ketenteraman awam, kesesakan lalu lintas, keselamatan orang awam lain yang tidak terlibat, atau kerosakan harta benda awam. Jika YB menteri berkenaan 'kesal' dengan insiden itu atau memandang kecil insiden memijak serta 'membontoti' gambar pemimpin, kini kita hanya boleh mengharapkan DBKL saja untuk mendakwa mereka atas kesalahan mengotori dataran merdeka sebelum sambutan.

6. Demokrasi terpimpin amalan Malaysia sekian lama bermakna ada hadnya. Ada undang-undang yang mengawal, dan bagi mereka yang melanggar undang-undang tersebut, tindakan perlu diambil oleh penguatkuasa. Tidak memadai sekadar amaran atau pantauan. Berapa banyak insiden biadab sebelum ini yang hang diberi amaran serta dipantau, namun tiada tindakan susulan hingga sekarang?

7. Gambar ada, rakaman video juga ada, malahan pelakunya telah dikenal pasti dengan 'maklumat orang awam' yang prihatin terhadap keselamatan negara. Namun pelakunya masih lagi 'dijemput' untuk menyerah diri bagi membantu siasatan. Tetap juga jemputan ini diselangi dengan amaran dan pantauan beberapa kali hingga isu ini senyap begitu saja......

Secara peribadi saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak keselamatan yang mengawal Dataran Merdeka pada malam itu dengan baik sekali. Namun tindakan susulan adalah dengan pendakwaan terhadap mereka yang biadab oleh agensi penguatkuasa. Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang dan keselamatan perlu proaktif serta sensitif denyut nadi rakyat yang cintakan keamanan serta menjunjung tinggi kesopanan dan kesusilaan sbg rukun dalam negara Malaysia tercinta ini.

Terima Kasih.  

Thursday 30 August 2012

MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

salam..

Saya sengaja memilih tarikh keramat ini 31 Ogos 2012 utk mula menulis, sekadar berkongsi pandangan serta pendapat ttg pekembangan yg berlaku dalam dan luar negara.


1. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sambutan kemerdekaan negara dicemari dengan insiden-insiden yang memalukan oleh pemegang kad penganalan biru tanahair. Sudahlah ada tema yang berbeda mengikut negeri, logonya pula sengaja dibuat untuk kelompok mereka sahaja.

2. difahamkan juga terdapat golongan tertentu dengan baju berwarna kuning telah memasuki kawasan sekitar dataran merdeka, tempat bakal berlangsungnya upacara bersejarah memperingati peristiwa bersejarah negara. khabarnya keadaan agak tidak tenteram serta menimbulkan kegelisahan kepada orang awam yang ingin bersiar-siar di kawasan-kawasan terbabit.

3. semuanya 'dihalalkan' atas nama demokrasi oleh kelompok mereka sendiri. Ibarat perintah seseorang anugerah dari Tuhan, atau dari sebuah tokong, arahan pihak berkuasa yang menguruskan keselesaan dan keselamatan orangramai dilanggar begitu saja. mereka saja yang betul, orang lain semuanya salah. haarapnya tiada insiden kerosakan yang akan mencacatkan upacara esok hari.

4. Indonesia baru saja meraikan ulangtahun kemerdekaan negara mereka, begitu juga Singapura. Namun pembangkang di negara tersebut berjiwa besar menyambut peristiwa bersejarah negara bersama-sama dengan pemimpin negara. Fahaman politik diketepikan demi kedaulatan negara. Pembangkang di sana juga tidak pernah mencaci serta memaki pejuang-pejuang terdahulu.

5. Asas pembinaan negara bangsa sentiasa dipelihara serta dipertahankan. Kepentingan negara sentiasa didahulukan dari kepentingan peribadi. perjuangan mereka juga berasaskan rakyat, namun tidak sesekali melangkaui batas adab sopan. Bendera negara sama-sama dihormati. Hari bersejarah sentiasa diingati sebagai hari penyatuan dan perpaduan walau berbeda fahaman politik.

6. Saya kira sambutan kemerdekaan kali ini amat menyedihkan. Sedih kerana kita sepatutnya bersatu mengenang hari bersejarah negara, bukannya berpecah, dan perpecahan itu semakin parah pada tahun ini. sudahlah saban tahun kita dirunsingkan dengan masalah sosial setiap kali sambutan ambang kemerdekaan, kini masalah politik pula....

jauh di sudut hati saya jenuh memikirkan, apakah makna setiap laungan MERDEKA jika ianya diiringkan dengan perpecahan yang semakin membarah. Maka benarlah kata pujangga, mempertahankan kemerdekaan adalah lebih sukar untuk mendapatkannya......  

DIRGAHAYU TANAHAIRKU