1. Setakat hari ini keadaan di Pasir Gudang masih kritikal. Jumlah rasmi mangsa yang terjejas akibat sisa toksik adalah seramai 2775 orang. Ini angka rasmi yang dikeluarkan. Belum termasuk jumlah mereka yang meninggalkan rumah di Pasir Gudang atau kawasan sekitar. Ini adalah bencana alam sekitar terburuk dalam sejarah negara. 114 buah sekolah terpaksa ditutup bagi mengelakkan kontroversi murid-murid sekolah terkesan dari sisa toksik.
2. Di saat satu negara mengecam pelaku atau syarikat yang membuang sisa toksik tersebut, aktivis alam sekitar DAP atau pro DAP diam menikus. Jika dahulu konon mereka begitu prihatin, sanggup berjalan kaki dari Bentong ke Kuala Lumpur sebagai bantahan pembukaan kilang Lynas di Bentong, kini aksi sebegitu sudah tiada lagi. Sudah matikah mereka? Atau sudah berpindah masuk ke dalam gua? Atau sudah terputus hubungan dengan dunia luar sehingga tidak mengetahui tragedi di Pasir Gudang ini?
3. Wong Tack, ahli parlimen DAP Bentong merupakan aktivis tegar anti Lynas. Beliau membantah pembangunan Lynas atas isu alam sekitar. Beliau juga pernah didakwa kerana berhimpun secara haram memperjuangkan alam sekitar. Namun kini suaranya tidak kedengaran langsung dalam isu alam sekitar di Pasir Gudang. Apakah kerana sudah berjaya memanipulasi isu Lynas di Bentong dan menang kerusi tersebut, Pasir Gudang tidak membawa sebarang makna lagi bagi Wong Tack?
4. Atau ini memang perangai buruk DAP turun temurun? Ada isu yang mereka boleh 'spin' yang membawa keuntungan politik, mereka akan berbuat demikian semaksima mungkin. Jika tidak, mereka tidak peduli langsung. Atau mereka malu-malu untuk menyatakan bantahan di Pasir Gudang kerana ianya melibatkan sekutu mereka? Supremo DAP Lim Kit Siang yang kawasan Parlimennya (Iskandar Puteri) berhampiran dengan Pasir Gudang pun turut membisu.
5. Lim Kit Siang yang diiktiraf sebagai Menteri Hal Ehwal Najib (MENHEN) tidak memberi komen dalam isu pencemaran alam sekitar yang melanda Pasir Gudang. Mungkin Kit Siang sedang mencari jalan bagaimana mahu melibatkan Najib dalam isu Pasir Gudang, barulah beliau akan bersuara? Atau mungkin isu yang amat besar melibatkan rakyat tidak mendapat tempat di hati Lim Kit Siang? Maklum saja beliau kini adalah bapa kepada Menteri Kewangan Malaysia yang sibuk 'menjaga' kewangan negara.
6. Menteri Alam Sekitar DAP yang bertanggungjawab dalam isu di Pasir Gudang terpaksa memendekkan cuti 'honey moon' kerana insiden ini. Yeo Bee Yin yang baru melangsungkan perkahwinan dengan anak jutawan syarikat IOI dengan 'gah' memberitahu tiga wakil dari syarikat yang membuang sisa toksik secara haram itu akan didakwa. Malangnya hingga hari ini pendakwaan masih gagal dibuat sedangkan insiden semakin memburuk.
7. Tiada waki DAP membahaskan usul darurat di Pasir Gudang yang dibawa oleh ahli parlimen Pasir Gudang. Perkara ini amatlah mengejutkan kerana umum mengetahui DAP adalah juara memelihara alam sekitar. Wong Tack mahupun Lim Kit Siang sepatutnya menjuarai isu alam sekitar di parlimen ketika mereka berkuasa melakukannya. Namun kelibat suara mereka tidak kedengaran. Kita mahu tahu pendirian DAP dalam isu pencemaran alam sekitar yang melanda Pasir Gudang.
8. Amat janggal sekali apabila DAP tidak bersuara dan membantah keras dalam isu Pasir Gudang. Apakah ada udang di sebalik mee? Rakyat Malaysia boleh menilai perjuangan dan keikhlasan DAP bermula dari insiden yang melanda Pasir Gudang ini...
Friday, 15 March 2019
Wednesday, 6 March 2019
PRA PRK RANTAU : ISLAM BUKAN UNTUK DIJUAL, MELAYU BUKAN UNTUK DIGADAI.
1. Ikatan kerjasama secara rasmi UMNO-PAS telah menarik perhatian semua pihak di dalam negara. UMNO dan PAS telah menjelaskan ianya adalah kerjasama demi kekuatan dan kelangsungan ummah. Ia seharusnya khabar gembira buat semua rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan kedamaian.
2. Namun khabar ini disambut sinis oleh sesetengah pihak yang tidak senang dengan kerjasama UMNO-PAS. Muncul pelbagai analogi negatif dan kecaman terhadap usaha memperkasa kekuatan melayu-islam. Paling 'panas punggung' dengan kerjasama ini ialah parti rasis DAP. Lim Guan Eng secara terbuka mengatakan kerjasama ini adalah 'perang' terhadap golongan bukan melayu-islam di Malaysia. Ini adalah satu pengkhianatan terhadap negara dari seorang menteri kerajaan yang konon memimpin parti 'demokratik' pelbagai kaum. Ia jelas menggambarkan pendirian DAP yang mahukan 'perang' walaupun Guan Eng telah membuat 'u-turn' berkaitan kenyataannya.
3. Walaupun UMNO dan PAS adalah parti politik, kerjasama ini melangkaui batas politik. Sebagai dua buah parti politik melayu-islam terbesar, kerjasama UMNO-PAS adalah benteng pertahanan umat islam yang kini dihina dan diasak teruk di era Pakatan Harapan. Tidak pernah terjadi dalam sejarah moden Malaysia, melayu-islam dihina dan diperlekeh sebegini rupa. Kenyataan menghina Allah, menghina Rasulullah, menghina Al Quran dibuat secara terbuka dan berleluasa di media-media sosial.
4. Bangsa Melayu juga tidak terlepas dari penghinaan oleh mereka yang yang tidak bertamadun ini. Melayu dihina, dicaci, diusir serta dihentam. Mereka yang menghina dan mencaci melayu-islam bertindak tanpa takut dan berleluasa. Seolah-olah melepaskan dendam kesumat yang terpendam sekian lama. Saya percaya ramai juga dari kalangan bukan melayu-islam yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir dari mereka. Namun jika ini tidak dibendung dengan penguatkuasaan undang-undang sedia ada, ia bakal mengundang padah di masa hadapan.
5. Keadaan diburukkan lagi apabila muncul golongan melayu-islam yang seolah-olah mempertahankan penghinaan terhadap melayu-islam. Lihat sahaja apabila Nabi Muhammad dihina, muncul orang 'agama' yang mengatakan orang islam pun ada yang menghina Nabi Muhammad. Jika benar ada umat islam yang menghina islam, hukumlah mereka sesuai syariat islam. Jika ada bukan islam menghina Nabi Muhammad, maka hukumlah mereka juga sesuai dengan undang-undang. Inilah keadilan sebenarnya, bukannya membela perlakuan mereka yang salah.
6. Dua tokoh utama melayu dalam PH pula sangat 'fobia' dengan kerjasama UMNO-PAS. Kebimbangan mereka tentunya atas pertimbangan politik. UMNO-PAS tidak pernah bekerjasama sebaik sekarang di zaman PM ke-4. Mahathir telah lama 'menjual' islam demi kelangsungan politik peribadi. PAS digambarkan sebagai 'sesat' dan punca perpecahan. PAS juga menjadi mangsa kebobrokan Anwar semasa beliau di dalam UMNO. Anwar adalah senjata utama Mahathir menyerang PAS. Anwar juga 'menggadai' melayu demi meraih sokongan politik kepada beliau. Meneliti ucapan-ucapan Anwar semasa di dalam UMNO, melayu UMNO lebih islamik dari melayu PAS! Kenyataan ini jelas memperbodoh masyarakat umum ketika itu.
7. Kini, apabila dua parti terbesar umat melayu-islam di Malaysia sanggup bermaafan dan melupakan kisah lalu lantas mahu bekerjasama, mengapa Mahathir dan Anwar yang menggelabah? Secara perbandingan, apa yang Mahathir tak kata kepada DAP? Jika mereka boleh bekerjasama dan bermaafan atas kepentingan politik, mengapa UMNO-PAS tidak boleh bermaafan dan bekerjasama atas kepentingan ummah? Mahathir juga pernah mengeji Anwar sebagai peliwat dan macam-macam kejian lagi. Anwar telah memaafkan Mahathir walaupun Mahathir jauh sekali memohon maaf kepada Anwar. Kini boleh pula Mahathir bekerjasama dengan peliwat atas tuntutan politik. Bukankah kerjasama politik UMNO-PAS atas tuntutan agama, bangsa dan tanahair ini lebih mulia dari kerjasama Mahathir-Anwar atas kepentingan peribadi?
8. Jelas masyarakat melayu-islam di Malaysia mendambakan kerjasama ini sebagai benteng pertahanan menyelamatkan agama, bangsa dan tanahair. Ramai yang mengalu-alukan kerjasama ini termasuk dari kalangan bukan melayu-islam. Ini kerana mereka tahu kepimpinan melayu-islam menjamin hak semua warganegara Malaysia berdasarkan perlembagaan, muafakat dan toleransi. Hanya Pakatan Harapan yang gerun dengan kerjasama UMNO-PAS ini. Ini adalah kerana pemimpin PH bertopengkan manusia prihatin, peduli rakyat, tidak korup sedangkan hakikatnya mereka menjual islam dan melayu demi kuasa untuk kepentingan peribadi.
Buat UMNO dan PAS, teruskan usaha murni ini. Buktikan kita boleh bersatu dan bekerjasama dengan baik tanpa Mahathir dan Anwar. Jauh sekali memerlukan restu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk bekerjasama. Usah dilayan pimpinan Pakatan Harapan yang berkokok bak ayam jantan, riuh sekampung namun ekor bergelumang tahi.....

Monday, 4 March 2019
PASCA PRK SEMENYIH : JANGAN PANIK, PPBM MASIH UTUH SERTA KUAT
1. Pasca PRK Semenyih membuktikan PPBM masih kuat serta teguh dalam politik tanahair. Biarpun tewas dengan majoriti 1914 undi, PPBM tetap unggul dalam Pakatan Harapan. Jawatan Perdana Menteri Malaysia masih dimiliki PPBM yang memenangi 12 kerusi parlimen pada PRU lalu. Terkini PPBM memiliki 22 kerusi parlimen, bilangan kerusi paling sedikit dalam PH namun yang paling berkuasa.
2. Komponen PH pun tiada yang menyalahkan PPBM atas kegagalan mereka mempertahankan kerusi yang menangi menangi semasa PRU 14. Jika adapun, mereka seperti malu-malu untuk bersuara. TPM Wan Azizah telah mengeluarkan kenyataan menyalahkan pentadbiran 60 tahun BN yang sukar diubah. Ini menunjukkan 'kecerdikan melampau' TPM yang tidak tercapai akal rakyat biasa untuk memikirkannya. 'Kanda' Mujahid pula mengatakan calon BN yang menang itu tidaklah hebat mana pun. Ini juga kenyataan 'bertaraf dunia' dari seorang menteri hebat berkelulusan PhD.
3. Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan mahu melihat wakil rakyat BN yang menang membawa pembangunan di Semenyih. Ini benar-benar menepati 'maqasid syariah' kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan PH. Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAN yang menaungi DUN Semenyih barangkali boleh turut sama mengeluarkan kenyataan menyertai 'kecerdikan' sekutu PH yang lain.
4. Semasa kempen berlangsung, PH dan PPBM sangat kuat dan berkuasa. Mereka menjanjikan hospital, klinik, jalanraya, pembangunan dan boleh meluluskan peruntukan membaiki dewan (dibatalkan kemudiannya) dan bermacam janji lain. Selepas tamat PRK, PPBM dan PH tetap unggul, kuat dan berkuasa. Tiada tindakan dari pihak berkuasa walaupun pihak berkuasa sendiri mengatakan perlakuan PPBM dan PH ini menyalahi tatacara kempen dan boleh dikenakan tindakan. Kesalahan tatacara kempen PH dan DAP semasa PRK Cameron Highlands sehingga kini pun masih tiada tindakan. Ini membuktikan PH diterajui PPBM tetap berkuasa.
5. Mereka tidak peduli pun rungutan serta keluhan rakyat bawahan yang semakin terhimpit kehidupan mereka akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu. Keluhan rakyat tidak mereka pedulikan. Di saat rakyat menderita akibat kenaikan harga barang, keutamaan PPBM adalah kereta nasional ke-3, dan terkini, kereta terbang. Menteri Pembangunan Usahawan PPBM telah mengumumkannya. Di saat rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, pejabat PM dari PPBM mengumumkan cadangan 'magic show' berkaitan tol. Tol tetap dikenakan, cuma tukar nama kepada caj kesesakan. Ini menunjukkan PPBM parti yang tetap utuh serta unggul menerajui pemerintahan negara.
6. Dari segi politik, PPBM berkuasa membuat apa yang mereka suka biarpun komponen PH yang lain malu-malu untuk menegur. 'Katak' dari UMNO diterima menyertai PPBM walaupun dibantah keras DAP dan PKR. PPBM tetap melebarkan sayapnya ke Sabah walaupun PKR dan WARISAN tidak bersetuju dengan tindakan PPBM. PPBM tetap 'bermain mata' dengan PAS biarpun DAP dan PKR separuh mati membantah permainan politik licik ketua PPBM ini. Ketua PPBM memekakkan telinga terhadap desakan PKR yang mahukan DS Anwar diberi tempat dalam kerajaan hari ini. Ini juga bukti betapa kuatnya PPBM sebagai sebuah parti politik.
7. Oleh itu, siapa saja yang mengatakan PPBM tidak kuat dan ketandusan pemimpin, mereka mungkin silap. Anak Ketua PPBM yang kini Timbalan Presiden PPBM bila-bila masa bersedia mengambil alih tampuk kepimpinan PPBM. Tambahan pula Presiden PPBM sebagai Pengarah PRK Semenyih gagal mengekalkan kerusi yang telah mereka menangi dahulu. Presiden PPBM juga dikatakan mempunyai masalah kesihatan. Tentunya, PPBM akan bertambah kukuh serta kuat setelah anak dan bapa menerajui parti tersebut.
8. Tentunya PPBM akan terus bertambah kukuh serta kuat jika anak Perdana Menteri diberi laluan mudah sebagai Perdana Menteri menggantikan 'bakal' Perdana Menteri paling lama dalam sejarah Malaysia. Jika ini berlaku, maka PPBM adalah parti yang paling utuh, jitu serta terkuat dalam sejarah Malaysia. Bolehlah mana-mana ahli parlimen dari kerajaan atau pembangkang yang berhasrat menjadi 'katak', menyertai parti yang paling kuat ini....

Subscribe to:
Posts (Atom)