salam..
Saya sengaja memilih tarikh keramat ini 31 Ogos 2012 utk mula menulis, sekadar berkongsi pandangan serta pendapat ttg pekembangan yg berlaku dalam dan luar negara.
1. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara sambutan kemerdekaan negara dicemari dengan insiden-insiden yang memalukan oleh pemegang kad penganalan biru tanahair. Sudahlah ada tema yang berbeda mengikut negeri, logonya pula sengaja dibuat untuk kelompok mereka sahaja.
2. difahamkan juga terdapat golongan tertentu dengan baju berwarna kuning telah memasuki kawasan sekitar dataran merdeka, tempat bakal berlangsungnya upacara bersejarah memperingati peristiwa bersejarah negara. khabarnya keadaan agak tidak tenteram serta menimbulkan kegelisahan kepada orang awam yang ingin bersiar-siar di kawasan-kawasan terbabit.
3. semuanya 'dihalalkan' atas nama demokrasi oleh kelompok mereka sendiri. Ibarat perintah seseorang anugerah dari Tuhan, atau dari sebuah tokong, arahan pihak berkuasa yang menguruskan keselesaan dan keselamatan orangramai dilanggar begitu saja. mereka saja yang betul, orang lain semuanya salah. haarapnya tiada insiden kerosakan yang akan mencacatkan upacara esok hari.
4. Indonesia baru saja meraikan ulangtahun kemerdekaan negara mereka, begitu juga Singapura. Namun pembangkang di negara tersebut berjiwa besar menyambut peristiwa bersejarah negara bersama-sama dengan pemimpin negara. Fahaman politik diketepikan demi kedaulatan negara. Pembangkang di sana juga tidak pernah mencaci serta memaki pejuang-pejuang terdahulu.
5. Asas pembinaan negara bangsa sentiasa dipelihara serta dipertahankan. Kepentingan negara sentiasa didahulukan dari kepentingan peribadi. perjuangan mereka juga berasaskan rakyat, namun tidak sesekali melangkaui batas adab sopan. Bendera negara sama-sama dihormati. Hari bersejarah sentiasa diingati sebagai hari penyatuan dan perpaduan walau berbeda fahaman politik.
6. Saya kira sambutan kemerdekaan kali ini amat menyedihkan. Sedih kerana kita sepatutnya bersatu mengenang hari bersejarah negara, bukannya berpecah, dan perpecahan itu semakin parah pada tahun ini. sudahlah saban tahun kita dirunsingkan dengan masalah sosial setiap kali sambutan ambang kemerdekaan, kini masalah politik pula....
jauh di sudut hati saya jenuh memikirkan, apakah makna setiap laungan MERDEKA jika ianya diiringkan dengan perpecahan yang semakin membarah. Maka benarlah kata pujangga, mempertahankan kemerdekaan adalah lebih sukar untuk mendapatkannya......